Showing posts with label sport tournament. Show all posts
Showing posts with label sport tournament. Show all posts

Wednesday, 11 July 2012

Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta Kawasan Brunei I, Tahun 2012

By: Atifah Osman

{editing in progress: insert pictures}

Pada tahun ini, Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan futsal sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta kawasan Brunei I. Perlawanan akhir kejohanan ini telah diadakan pada 9 Julai 2012 dan Sekolah Rendah Pintu Malim dinobatkan sebagai juara kejohanan futsal sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta kawasan Brunei I. 

Pasukan Sekolah Rendah Pintu Malim berjaya menewaskan Sekolah Rendah Mabohai dengan jaringan 5-3. Piala kejohanan telah disampaikan oleh tetamu kehormat cikgu Awang Haji Mohd. Yussof bin Hj. Metassim selaku penolong pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan. 

Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada pemain terbaik yang disandang oleh Raziman Rahman, Pemain nombor 9 dari Sekolah Rendah Pintu Malim. Manakala, murid dari Sekolah Rendah Mabohai, Md. Ridhwan bin Nokman pula dinobatkan sebagai penjaring terbanyak disepanjang kejohanan ini.

Monday, 23 April 2012

Pesta Sukan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah 2012

Pesta Sukan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Brunei I telah diadakan pada 22 April 2012. Lebih kurang 20 murid telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pesta olahraga dalam beberapa sukan yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, sekolah ini gagal meraih sebarang pingat bagi mana-mana pertandingan yang diadakan pada hari tersebut. Namun begitu usaha gigih yang ditunjukkan oleh murid-murid walaupun cuaca kurang mengizikan masih dihargai.

Thank you so much for your hard work and dedication. We shall try our best in the upcoming competition! :) 


Before being called to the track and start the race, students and respectives teachers were asked to gathered in the crowded 'call room'.


The boys relay team (400m x 4) still waiting for their turn while the girls relay team (100m x 4) were running for their school.


Its now, the boy's relay team (400m x 4) turn to compete...