Thursday 10 May 2012

Perjumpaan AJK PIBG Kali Pertama

By: Atifah Osman

Buat pertama kalinya perjumpaan Persatuan Ibubapa dan Guru SR Pehin Dato Jamil diadakan pada 8hb. Mei 2012 pada pukul 2 petang. Antara agenda perjumpaan ini adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh komuniti sekolah ini. Perlantikan dan penyampaian sijil bagi ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini turut diadakan sebelum majlis bersurai.

Friday 4 May 2012

School's Netball Tournament

Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Sekolah

By: Atifah Osman
Photos: Nur Fadhilwindy binti  Abdullah Tanga

Pada hari ini, 7 Mei 2012, telah diadakan sesi terakhir pengurusan risiko bencana peringkat sekolah. Program ini melibatkan semua warga sekolah termasuklah ibubapa murid-murid. Ini bertujuan bagi menambah kefahaman dan pengetahuan para guru-guru dan kakitangan sekolah akan kepentingan mengenali dan mengurangkan risiko bencana di persekitaran sekolah masing-masing.

Program ini telah dimulakan pada minggu lalu, 30 April 2012. Tiga sesi telah pun berlangsung dan antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan termasuklah:-

(a) Kiu-kiu Bencana: melakonkan reaksi apabila diberikan kiu-kiu bencana iaitu tsunami, banjir, gempa bumi dan kilat.
(b)  Nature Power: menyenaraikan lima kebaikan dan lima keburukan tanah, api, air dan juga angin.

(c)  Grab bag: menyediakan barangan yang diperlukan untuk dibawa ketika berlakunya bencana.
(d)  School hazard map: menyenaraikan kebaikan dan keburukan serta penyelesaian bagi keburukan yang terdapat di sekolah ketika berlakunya bencana (action plan table).
(e)   Acuation plan: menyenaraikan tindakan yang perlu dibuat sebelum, ketika dan selepas berlakunya bencana.
(f)  Awareness campaign: satu aktiviti bagi meningkatkan kesedaran terhadap bencana yang boleh dibuat oleh guru-guru di sekolah seperti melalui lakonan drama, melukis poster, menyanyi dan bersajak.
(g) Early warning (story telling): bercerita melalui kad-kad imbasan mengenai tsunami dan gunung berapi.

Satu sesi khas juga telah diadakan bersama ibubapa anjuran persatuan ibubapa dan guru-guru (PIBG) Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil. Ini adalah untuk menambah kefahaman dan pengetahuan orang-orang kampung/ibubapa akan kepentingan mengenali dan mengurangkan risiko bencana di persekitaran kampung masing-masing.