Thursday 16 August 2012

BB and MP?!! Marvelous ~

By: Atifah Osman

Yeay! We made it... For the first time this year, our school article's got published on both Borneo Bulletin as well as Media Permata. This is a great milestone for the school's media publicity 2012 unit to be published on both local newspaper! Thank you to those who helped out in making this a reality - you know who you are... ^_^

Here's the news clipping taken from the websites...




Thursday 9 August 2012

Penyerahan Derma bagi Anak Yatim 2012

By: Atifah Osman

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, SRPDJ telah mengadakan majlis bacaan Surah Yaasin yang diselajurkan dengan bacaan Tahlil di ruang legar sekolah ini yang diketuai oleh Ustaz Jaharnor bin Hj. Rungging. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu berakhir sejam kemudian dengan penyerahan hasil kutipan derma dari murid-murid, guru-guru serta kakitangan sekolah kepada keluarga Mohammad Saiful Nazri bin Aminuddin.


Dalam satu acara yang berasingan, penyampaian sumbangan derma ikhlas kepada keluarga murid-murid yang kurang berkemampuan disekolah ini juga turut diberikan dan disampaikan oleh guru besar sekolah ini. Acara ini telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Ogos, 2012 di bilik Sri Apec. 



Selain itu, titian amal juga turut dijalankan oleh unit kebajikan sekolah ini kerana wakil daripada sebuah keluarga yang dijemput tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Sumbangan ini disampaikan kepada wakil keluarga tersebut dikediaman mereka oleh bendahari unit kebajikan sekolah, Cikgu Khadizah Haji Metussin.

Acara ini adalah salah satu daripada acara tahunan pihak kebajikan sekolah yang menitikberatkan hal-ehwal dalaman sekolah bagi membantu meringankan bebanan perbelanjaan terutama sebelum menjelangnya hari raya.