Wednesday 11 July 2012

Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta Kawasan Brunei I, Tahun 2012

By: Atifah Osman

{editing in progress: insert pictures}

Pada tahun ini, Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan futsal sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta kawasan Brunei I. Perlawanan akhir kejohanan ini telah diadakan pada 9 Julai 2012 dan Sekolah Rendah Pintu Malim dinobatkan sebagai juara kejohanan futsal sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta kawasan Brunei I. 

Pasukan Sekolah Rendah Pintu Malim berjaya menewaskan Sekolah Rendah Mabohai dengan jaringan 5-3. Piala kejohanan telah disampaikan oleh tetamu kehormat cikgu Awang Haji Mohd. Yussof bin Hj. Metassim selaku penolong pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan. 

Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada pemain terbaik yang disandang oleh Raziman Rahman, Pemain nombor 9 dari Sekolah Rendah Pintu Malim. Manakala, murid dari Sekolah Rendah Mabohai, Md. Ridhwan bin Nokman pula dinobatkan sebagai penjaring terbanyak disepanjang kejohanan ini.

No comments:

Post a Comment