Saturday 1 September 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

By: Atifah Osman


Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diraikan oleh warga SR PDJ pada hari ini, Sabtu, 1 September, 2012. Keadaan sekolah yang sudah terbiasa dengan susana murid mengenakan pakaian seragam dimeriahkan dengan pakaian pelbagai fesyen yang beraneka warna. Pelbagai jenis juadah dan hidangan dibawa oleh mereka yang menghadiri acara pada hari ini.

Acara sambutan ini bermula pada pukul 9.30 pagi dengan semua murid-murid, guru-guru serta kakitangan sekolah menikmati jamuan ditempat yang disediakan. Setelah selesai, ada beberapa kumpulan murid bersama guru masing-masing mengambil kesempatan untuk berlatih buat kali terakhir sebelum acara persembahan dimulakan pada pukul 10.30 pagi.

Acara persembahan dimulakan oleh murid-murid rendah atas (Tahun 6, 5 dan 4) dan diikuti pula oleh murid-murid rendah bawah (Tahun Pra, 1, 2 dan 3). Pelbagai lagu raya telah didendangkan oleh murid-murid ini dengan pelbagai aksi yang mencuit hati dapat dilihat dari persembahan yang disampaikan.

Setelah selesai semua murid-murid membuat persembahan, penyampaian hadiah bagi pemenang pakaian tercantik disampaikan. Dua orang pemenang (seorang lelaki dan seorang perempuan) bagi setiap kelas dipilih oleh guru kelas masing-masing. Guru besar sekolah ini, cikgu Junaidi Hj. Hussin telah berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dari rendah bawah manakala pemangku penolong guru besar pula dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dari murid rendah atas. Diakhir majlis, semua murid-murid yang hadir bersalaman dengan guru-guru sekolah ini sebelum mereka diarahkan untuk masuk ke kelas masing-masing.




*to be continued - pictures please...

No comments:

Post a Comment